Sunday 16 October 2011

HADIAH....

sekian lama kami suka sangat bergaduh...bertegang leher..kadang-kadang aku makin tak faham.....
hari ini 12 Oktober...kami bertegang leher kerana hadiah....masing-masing ego dan keras kepala...tapi aku pelik..abang macam lembut hati skit kali ni....
ntah la....aku macam biasa dengan emosiku.........semalaman aku tunggu abang memujuk tapi itulah seperti selalu...sabar sahaja.....tapi sampai keesokan hari aku masih emosi...tapi akhirnya kami berdamai jugak....rahmat agaknya.....hatiku amat tenang.....ntah makin sayang..terlalu sayang.....
abang meminta aku siapkan soalan forum untuknya...ntah kenapa...aku tak banyak membantah mungkin kerana kuatnya kasih sayang aku pada abang........aku siapkan 9 soalan....aku send pakai FB..abang puji soalan aku..katanya soalan bermutu.............taraf master...aku malas nak kisah...hanya harapan pujian itu ikhlas.......
Oh Tuhan...ambilllah kasih sayang ini..kerana aku tak mampu lagi agaknya menanggung semua ujian ini.........
aku hanya mampu mengungkapkan :
"TIADA TUHAN MELAINKAN ENGKAU, SESUNGGUHNYA AKU TERGOLONG DALAM GOLONGAN ORANG YANG ZALIM".....................

setiap kali aku sedih...aku akan membaca zikir ini..memohon taubat padaMu Tuhan....kerana aku mungkin zalim dalam menilai rahmatMu......
zikir ini peringatan daripada sahabatku apabila aku mengadu kepadanya yang aku sering emosi dan selalu sangat bersedih.
aku dapati kesan kalimah ini amat besar dalam membina kekuatan hati aku...........

Wednesday 21 September 2011

SAYA KECEWA DENGAN SIKAP DIA....

saya amat kecewa dengan sikap dia...terlalu dingin dan sukar dibawa berbincang...walaupun berkali saya memujuk dan berusaha...dia tetap memberi reaksi yang sama......akhirnya saya rasa saya harus mengambil keputusan mendiamkan diri buat sementara waktu..........saya pohon sesungguh hati agar Allah bagi saya kekuatan.....
saya sungguh kecewa...dan dalam itu saya amat pasrah dan terus pasrah...apa yang saya rasa ialah ingin berada di tikar sejadah lama-lama supaya saya rasa kuat....
saya ingin dekat dengan Tuhan agar saya tidak kesedihan dan terus tabah hadapi apa jua kemungkinan dan keberangkalian............
saya tahu lelaki amat egois dan mungkin masing-masing memerlukan masa untuk mencari diri sendiri..........
yang pasti saya harus KUAT..............

Wednesday 14 September 2011

AKU HARAP TENANG DAN BAHAGIA INI BERPANJANGAN..........

sedar atau tidak...aku rasa hampir terlupa bagaimana tenang ini aku perolehi.............kadang2 hebat benar cinta giler aku ...........ahhhh...berpanasaran sangat aku ini rupanya..
tapi seorang sahabat aku menasihatkan agar aku mengawal emosi aku..........ya aku harus belajar bersungguh-sungguh mengawal emosi...........katanya nanti menyesal tak sudah bila org bosan dengan kita......ntah la
tapi yang pasti aku harus kuatkan amalan rohani aku.....aku harus istioqamah dengan amalan-amalan yang aku pilih.........dan paling penting aku harus kaunseling diri aku setiap hari dan setiap kali perasaan negatif datang........aku mesti fikir positif dan mengenepikan pemilkiran negatif yang datang dalam hati ku.......benak fikiran aku...ooooooooooohhhhhhhhhhhhh sangat susah.......tapi aku harus buat........jangan fikir pape yang payah-payah
aku harus yakin juga Allah sedang mengatur kemenangan untuk aku tanpa aku duga...kemenangan yang hebat aku doakan...ibarat pelangi yang datang selepas hujan...ibarat awan putih setelah berlalu awan kelabu...........
Ya Allah berkatilah cinta yang tumbuh dihatiku
aku tak mampu kalau engkau membiarkan aku........bantulah aku....

Friday 9 September 2011

KENAPA AKU SEDIH????

sekian lama aku berfikir..aku teringin nak menulis..mengapa aku sedih dan selalu sedih...moga dengan aku mencurah ini..aku akan bertemu dengan apa sebenarnya kesedihanku.............aku selalu bersedih kerana :
1. aku belum bertemu jodoh : aku kecewa amat sangat...sudah bertahun aku mencuba dan kini yang aku mampu...tapi hubungan itu tidak berakhir dengan sebuah perkahwinan...sampai saat ini pun setitis tanda pun tak aku temui..........langsung tiada perkembangan yang positif...........aku amat kecewa....aku tak boleh berputus asa pada Tuhan tapi aku sentiasa memohon agar diberikan jalan terbaik............moga diizinkan atau digantikan........

2. keadaan keluargaku yang tidak mencapai kebahagiaan hidup dalam berumahtangga.....apa salah kami dan adakah ini ujian dlama keturunan kami..........aku selalu berfikir dan aku tak pernah meminta semua ini berlaku...di mana salahnya.........
3. mungkin hal2 di atas amat membuatkan aku sangat tidak bersemangat nak meneruskan kerja aktiviti harian aku...tapi apa daya..aku kena la gagah jugak....harus gagah tempuh segala....aku kena hadapi juga....sangat menyedihkan..memilukan....tapi apa aku nak buat
aku tak nak fikir tapi semua tu selalu saja singgah dalam fikiran aku...........ya aku kena juga fikir
tapi ALLAH je yang lebih tahu hikmahnya.................
selepas aku menulis plot ini...aku rasa tak ada benda lain dah yang aku sedih kerana :
1. aku ada ahli keluarga yang memahami
2. aku masih ada ayah yang akan aku jaga hingga akhir hayatnya
3. aku ada kerja..meskipun kurang minat tapi aku masih boleh gagah
4. aku ada duit cukuplah untuk aku seorang....boleh pakai kereta besar, bolah beli baju dan apa saja aku nak
syukurlah..........
ya benar..2 benda di atas yang buat aku sedih sebenarnya.........baru aku perasaan

INDAHNYA JIKA...........

aku selalu berada di dalam ketenangan bila aku rasanya sekuatnya kasih sayang Allah untukku........
Dia pasti takkan membiarkan aku sendirian................
Ya Tuhan...jangan kau lepaskan aku sendirian..kerana aku tak dapat hidup tanpa kasih sayangMu........
agaknya dimana lagi kesilapanku...............di mana lagi aku harus betulkan diri ini..........aku pasrah
lemparkanlah hikmah dalam hatiku.......agar aku tabah dan terus tabah.............

BALADA DALAM HATIKU...episod I

sejak akhir-akhir ini amat terasa sekali..........sikap dingin abang..puas sudah aku memujuk dan cuba mengembalikan keadaan...tapi hasilnya tetap sama...aku tak mahu menekan diriku apatah lagi memaksa dia....ntah la makin aku paksa hatiku sedih dan pilu terasa hambar amat sangat........
saban beberapa hari dalam aku menjalani aktiviti kehidupanku....aku terfikir...
adakah kasih sayang aku dan dia kerana Tuhan atau bisikan syaitan..........aku mencari kawan-kawan utk kuajukan soalan ini......pelbagai jawapan aku terima....dan aku sangat pasrah.......
kadang-kadang aku tahu abang tak sibuk pun....tapi abang sengaja ignore mesej aku..........apakah itu petanda yang aku susah nak menerima hakikatnya.........
ya aku harus belajar mengawal emosiku...mengawalnya dengan sekuat hatiku..........
dan malam ini..........satu hikmah menerjah dihatiku :
ANDAI KASIH SAYANG INI KERANA TUHAN...IA AKAN KEKAL DAN DIBERKATI.....TAPI KALAU IA HANYA BISIKAN SYAITAN ATAU TUNTUTAN NAFSU IA AKAN LAMA-LAMA LENYAP.....
aku rasa itulah yang terbaik aku tanamkan dalah hatiku....aku pasakkan sekuatnya di dasar hatiku..........
pasrah...........

Monday 22 August 2011

AKU PASRAH II

setakat hari ini aku terus mencongak.....aku rasa aku telah berusaha sehabis mungkin untuk buat yang terbaik
aku telah lakukan semuanya semampu diriku...
aku amat pasrah dan sangat pasrah
kadang-kadang aku bagai hilang idea sahaja untuk terus melangkah mendepani segalanya
tapi hakikatnya aku tiada pilihan
aku harus teruskan apa yang aku mampu
aku harus hadapi apa yang akan berlaku
aku selalu berharap Allah bagi aku kekuatan yang berpanjangan
dan aku harus terus melangkah dan terus melangkah
dengan semangat waja dan terus setia mengharap rahmat Allah
hanya dengan rahmat Allah sahaja...hanya dengan rahmatNya sahaja
selain dari itu..........aku tiada daya

Tuesday 16 August 2011

AKU TERINGIN NAK MEMBAWA DIRI.............

kadang-kadang apa yang berlaku membuatkan aku selalu berfikir...teruk sangatkan aku...kenapa aku tak boleh keluar ke dari semua takdir ini....di mana lagi aku harud berubah.....di mana lagi aku mesti memperbaiki diri ini................
ya terlalu banyak kekurangan...
bila aku melihat org yang lembut tutur katanya...yang baik budi bahasanya...aku terfikir...kenapa aku tidak menjadi seperti mereka yang mempunyai budi sebaik itu...aku selalu salahkan diri sendiri yang akhirnya aku menjadi rendah diri.....
aku selalu ingin jadi positif...selalu ingin hidup gembira seperti orang lain...ya aku ingin semua itu...dan aku berusaha kerasa mencari kegembiraan diriku...tapi aku kadang-kadang tersasar.............aku juga manusia punya hati dan perasaan...aku mungkin tidak sesuai dengan semua itu...............
Aduhai hati...aku hanya mampu menulis dan akhirnya mengeluarkan air mata....itu yang aku mampu...dalam diriku bergolak segalanya.....aku inginkan yang terbaik dalam hidupku.....
aku harus berusaha keras memahami perbezaan aku denagn dia....perlu mencari semua budi baik dia...dan memaafkan dia..........itu yang perlu aku buat....
ya dalam satu perkahwinan Allah hiaskan dengan kasih sayang...tapi kami mungkin tiada semua itu.........hanya keikhlasan hati dan doa betterusan menyambung semua itu............
aku harus tahu bersyukur..........
buat masa ini...aku ingin bersendiri mencari diriku.....dalam bulan berkat ini....aku panjatkan doa...agar ada kemenangan besar untukku di masa hadapan..............
aku ingin membawa diri...aku ingin sendirian.............

Monday 15 August 2011

ermmmmmmmm.....

ni je jawapan abang....
Ana ok ja...cuma ana pikir tak nak buat banyak lawak sbb boleh hilangkan haibah dan rasa hormat orang pada kita...itu mungkin silap ana dulu...enti jgn la fikir bukan2..ana kena perbaiki diri sndiri...

ntah la.....aku rindu abang yang dulu..abang yang banyak berkongsi yang selalu tak putus-putus bercerita itu dan ini.....aku menanti setiap hari menanti dan terus menanti...tapi apa daya...aku amat bersedih hati.........
mungkiin ambil masa yang lama untuk kembali seperti dulu....
aku juga terluka abang....sangat terluka.....apakah ini memang pentanda dari Maha Esa...aku bagai tak mampu memnghadapi kenyataan
aku kehilangan dia yang amat membuatkan aku ilamg sunyi dan sepi..............

KITA SUDAH TAK MACAM DULU.....besar sangatkah salah aku...........

abang...sejak peristiwa itu,...kita sudah tak macam dulu...
abang langsung tiada berkongsi cerita...abang langsung tak bergurau senda.....abang tak langsung tak ambil berat....besar sangatkan salah aku..merimaskan kah.............
aku rindu suasana dl...sangat rindu....................tapi apa aku boleh buat....bersabar sahajalah...menangis dah tak mampu nak menangis lagi dah...cukuplah...BERSABARLAH...............

Saturday 13 August 2011

aku harus lalui..................

aku amat berharap tiada siapa membaca tulisan aku di sini............aku hanya mahu menulis melepaskan rasa hati ku sahaja............
hari ini aku juga sedih....tapi aku harus lawan...kata org ini tempoh bertenang...macam-macam akan jadi.......tadi tangan aku lenguh sangat...tapi aku harus lawan supaya air mata aku tak mengalir.........sedihnya....aku ingin jadikan hari ini hari paling gembira........tapi sampai saat ini aku belum bisa senyum ketawa...
maka Ya Allah akhirkanlah semua ini........berilah sinar bahagia buat aku...........harapan ku yang satu...............hanya engkau Tuhan yang boleh meleraikan semua.........aku hanya mampu menggandakan usaha...
izinkan Tuhan...........aku merayu................

Monday 8 August 2011

BERDOSAKAH AKU............................

Entah kenapa sejak akhir-akhir ini aku sayu memikirkan tentang hubungan aku dengan abang....
kadang-kadang aku bagai melukut ditepi gantang..yang ia tak pernah hargai
kadang-kadang rasa juga dihargai...
tapi hari ini aku rasa aku bagai menambah dosa sahaja.....sebab semua ini hanya sia-sia dalam hidupku
puas aku berdoa...mungkin dia bukan terbaik untukku.....
aku rasa sangat berbual dengan dia macam menambah dosa..menghubungi menambah dosa...apalah daya aku
lemah sangat imanku
aku tak sabar menanti lelaki yang halal untukku......
Ya Allah bimbinglah aku keluar dari semua kemelut ini...........

Monday 1 August 2011

SEDIH...................

mungkin salah aku...cara approach aku pada abang...aku memang tak tahan menahan dalam hati apa yang aku lihat...aku sangat terkejut...pelbagai persoalan bermain di fikiranku......
aku marah amat pada abang...aku serang habis-habisan dalam sms aku...aku tahu abang amat marah...tapi sebab mungkin abang menghormati aku sebagai wanita...abang banyak diam...setiap sms hanya ringkas sahaja...sekadar menjawab soalan aku semata...aku tahu kata-kata dan tuduhan aku berbekas di hati abang....tapi apa daya....
fahamkah abang...tentang rasa hatiku....tapi apa nak buat..kerana aku wanita yang punya hati yang amat dalam...aku jugalah yang mengalah.....kerana apa...mungkin kerana sayang....mungkin............
dan aku hanya melihat segalanya....menanti sahaja..apakah ini tanda bahawa ini yang memang ditakdirkan....tiada dapat dibaiki lagi untuk masa-masa akan datang.......
aku sangat sedih....sedih yang aku tak tahu nak baeritahu abang bagaimana??????.....aku pendam sahaja..habis sangat aku menangis pilu...terlalu pilu...tapi abang takkan mengerti apa-apa...............
abang.....harus kau tahu aku kecewa..aku trekejut..aku rasa bersalah..tapi apa aku nak buat....bekas luka hatiku tak lagi sembuh....aku mungkin tak mampu membuang luka dalam hatimu.....
KITA MUNGKIN SAMA-SAMA TERLUKA.......atau ini petunjuk benar dari Tuhan untukku...................

Tuesday 26 July 2011

HANYA KERANA AKU......................

dari semalam aku terasa amat kecewa.....tapi apa daya..kerana aku menyayangi dan menanti pada insan yang tak pernah menghargai aku............sebab itu aku dibiarkan begitu...menunggu jawapan dan tiada aku temui................haruslah aku redha sahaja...apa lagi usaha atau daya yang boleh aku lakukan...........aku harus redha sahajalah...........
apa daya...mungkin benarlah kata sahabatku: " hanya lelaki soleh yang dapat memahami misi dan visi kita...dapat menghargai hati dan perasaan kita...........hanya lelaki soleh sahaja.....begitulah..............
aku mengenepikan maruah dan harga diriku.....aku cakap je pada dia ...aku kecewa dengan sikapnya...tapi apalah daya...dia buat bodoh sahaja...terus buat senyap dan bodoh...........
SEDIHNYA AKU.....................sangat sedih................

Monday 25 July 2011

BERBAGAI RASA.....

semalam aku merasa sangat hiba...terlalu sedih...aku tidak mampu menahan segala perasaanku lagi......aku benar-benar sukat mengwal rasa sedih dalam hatiku....aku menangis sepanjang hari hingga ke malam...antara rasa rindu dan sayang...geram dan kecewa serta cemburu...aku gagahi juga....
aku bangun mengadap Tuhan...moga Kau fahami segala yang aku rasai...dan berikanlah aku kekuatan......
saat aku lemah...beberapa kawan-kawan yang aku hubungi tidak jemu-jemu memujuk aku...hingga akhirnya aku ketawa sendiri...aku berjaya memotivasikan diriku sendiri...........
terselinap bagai ditusuk sembilu...rasa rindu yang amat dalam...ntah...aku sukar untuk mengawalnya....
rindu yang dalam sangat...tapi berjauhan....apalah daya......hanya aku merasa rindu itu...bukan dia atau sesiapa....dengan rindu yang dalam...aku merasakan semakin dalam kasihku untuk dia...terlalu dalam...tapi sedalam mana pun aku...hanya menanti doa bersambut dan rindu kasih bertaut...jawapannya di sisi Tuhan....
Oh Tuhan..andai kasih sayang ini bukan kerana dan untukMu....ambillah dari hatiku...ambillah dan campakku dengan rasa penuh harap kepadaMu.....
aku amat merindu dan peritnya derita rindu ini......ku kembalikan rindu itu pada rasa dan aku terus pasrah....
SELAMAT KEMBALI.....hanya itu mampu aku harapkan......segalanya milik Tuhan.....

Sunday 24 July 2011

sesekali hatiku terguris...................

engkau tak pernah pedulikan...tak pernah kau tanyakan.....tapi aku harus kuat dan tabah....apa guna aku mencintaimu...tapi tak pernah kau hargai semua itu...hatiku yang terguris luka...pernah kah kau fahami...aku hanya mampu berserah...hanya air mata menjadi teman meluahkan segala....terlalu berat untuk aku hadapi semua ini...aku amat berharap semua awan mendung ini berakhir dalam hidupku..............aku amat berharap semuanya berakhir...........................aku tak mampu...tapi Allah terus mengujiku...terus menerus menguji......aku tak mampu.....hanya aku mampu bersabar dan terus bersabar menghadapi segalanya....ingin aku benci...tapi aku tak berdaya...apa harus aku buat...aku kelam...sangat2 kelam...

Saturday 23 July 2011

aku amat terasa...

ntah mengapa...dr semalam aku ingin menitiskan air mata..rasanya aku sudah lama tak menjadi begini...aku sangat pilu terasa dalam hati.....amat terasa bahang dalam hatiku......semua adalah ujian besar untukku...aku sangat sensitif dan terlalu sensitif..terasa hiba dan pilu............aku hanya mampu menangis atas semua takdir ini...sangat terasa pilu dalam hatiku ini.....aku terasa benci...terasa cemburu amat sangat...inikah ujian dan dugaan..apakah sebenarnya yang cuba ditakdirkan untukku........terasa amat pilu dalam hatiku ini...tapi apa daya dan mampuku...terima sahaja dengan hati yang amat pedih ..........amat pedih dalam hatiku ini.......pedih amat dalam......luka yang amat dalam...apalah dayaku....hanya wanita yang berdiri jauh...menanti dan terus menanti takdir suci..anugerah Rabbani...............

Sunday 17 July 2011

UNTUNGNYA KAMU NUR.....aku hanya mampu mengenang.....

Awal Mac lalu..aku dikenalkan dengan seorang balu yang muda dan kematian suami beranak dua...semenjak itu..aku selalu mengikuti kisahnya dan anak-anaknya..aku baca semua tulisan dia dalam blognya....aku amat berbesar hati..tersiat dan ada sedikit rasa cemburu....kalau boleh Tuhan...aku inginkan nikmat seperti Nur.....
Nur..wanita yang sangat bertuah kerana memiliki cinta Ahmad yang tinggi....suami Nur sangat penyayang dan bertanggungjawab...aku rasa Nur adalah wanita bertuah di zaman ini kerana mendapat anugerah suami yang baik....Nur dicintai sepenuh hati..ditatang dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab...aku gembira dengan cerita-cerita rumahtangga Nur....aku selalu beranagan agar aku juga dikurniakan suami seperti Nur.....
perkenalan yang amat indah dan melalui detik-detik perkahwinan yang bahagia...Nur sangat bertuah....amat beruntung...ada lagikah lelaki seperti suaminya di dunia ini...ada lagikah lelaki seperti itu yang Allah simpan untukku.....Nur...aku kagum dengan kisah rumahtangga kamu...walaupun dia pergi tinggalkan kamu...tp Nur dirimu hidup dengan kenangan yang bahagia...amat bahagia..terlalu bahagia....bersyukurlah Nur.....
Ya Allah di hujung nukilan ini aku ungkapkan harapan padaMu...kurniakan aku suami seperti Nur yang engkau halalkan untukku berteduh...melakukan ibadah dan mentaatiMu bersama..menjalani kehidupan dengan kasih sayang dan kepercayaan serta kesetiaan....anugerahkanlah..agar ia menjadi nikmat besar di dunia buatku.......

Saturday 9 July 2011

AKU DAN PERMINTAAN...........

aku termalu sendiri..aku juga rasa bersalah..kerana cemburu..aku warning abang....dan minta abang delete gambar...abang tunaikan...tp aku pulak rasa bersalah kat abang....ntah la....
tadi aku dengar sesi motivasi....antara yang menarik.....motivator tu kata...memang minda kita kuat utk menyimpan semua kenangan pahit dan tak elok walapun dah lama kejadian itu berlaku...tp semua itu telah berlaku...kenapa kita rosakkan hari2 selepas kejadian itu dengan ingatan buruk tersebut hingga terjejas kebahagian hidup kita...betul3...aku sangat setuju...aku akan maafkan semua kenangan buruk dengan abang..aku tak nak simpan dalam hati apatah lagi berdendam.................maafkan ya abang...Allah sayangkan kita harapnya....

Sunday 3 July 2011

KENAPA AKU HARUS CEMBURU??????

aku tidak tahu bagaimana memulakan kalam ku pada post ini.....cuma aku ingin melepaskan rasa hatiku sahaja..agar semuanya terlerai dengan penuh rasa positif dan aku kembali bersemangat......
Abang...sejak pemergianmu ke Kota London..kita agak jarang berhubung tapi ada jugak berhubung...sms ku hanya terbalas setiap hari sekali...aku faham..engkau sangat berjimat untuk memastikan dirimu dapat berbelanja untuk berjalan dan melihat tempat orang.....dan kita pernah membicarakan semua ini.....kadang-kadang aku akui..aku amat rindu padamu...tapi engkau pastinya tidak pernah merasa semua itu....hatimu keras seperti batu.....
ntah kenapa smlm kita aku melewati FB abang...aku tersentuh dengan rasa hiba dan amat pilu...aku melihat gambar abang dengan teman sekursus...ntah la..komenmu membuatkan aku terluka...aku menitikkan air mata...rupanya aku CEMBURU..kerana sepanjang ini...aku tidak pernah bergambar dengan abang...mungkin juga komen abang ........BAGAIKAN PINANG DIBELAH DUA???? ALAMAK..KONTROVERSI...ADA YANG MAKAN HATI KARANG....buat aku amat tersentuh....
semalam aku menangis..mencari rasional..untuk apa aku harus menangis...kerana rasa cemburu amat dalam
MENGAPA AKU HARUS CEMBURU?????
aku tanya bantayk2 kali persoalan itu pada diriku..kenapa aku harus menangis..kerana mungkin aku bimbang hati abang akan berpaling dari aku...bukan aku tak kenal abang...sudah hampir 3 tahun pun kami kenal.....amat kenal hati budi dan keluarga...kenal kelemahan dan kelebihan abang...kalu mungkin dia wanita yang membuka hati abang pada cinta...ayuh terserah.......
abang memang suka melayan perempuan..abang sangat suka kalu ada orang terhegeh-hegeh kat dia...tapi abang takkan sambut cinta dan kasih sayag sesiapa pun..bukan aku tak tahu kan?????? sangat tahu
ayuh sudah..kata-kata kasih sayang abang tak boleh dipercayai...hanya mainan...abang suka kalu aku katakan aku cemburu...abang sengaja berbuat demikian untuk dia tahu aku sayang sangat pada dia....
apa pun serahkan kembali apa sahaja harapan..cinta atau kasih pada Pemberinya. iaitu Allah...usah dilayan sangat ....laluilah kehidupan ini...berbekalkan Allah penemanmu.....sayanglah pada dirimu...hayatilah segala disekelilingmu..pasti Allah akan melengkapkan dirimu dalam apa jua kekurangan........

Sunday 5 June 2011

AKU DAN PERCUTIAN KALI INI..................

Apabila cuit sekolah hampir tiba...aku membuat plan aku sendiri...aku ingin sangat bercuit..apatah lagi kesempatan kakak aku meninggalkan rumah kerana ke Ireland..aku rasa ini  peluang keemasan untukku...rupanya amat indah percutian kali ini..........membuatkan aku merasa hidup untuk diri sendiri...aku tidak kesal menghabiskan simpanan dan duit untuk kehendak dan keinginanku...........aku tak pernah kesal....
aku bangga membeli pakaian dan kehendakku..tidak kurang pula aku langsung tidak berjimat andai aku ingin makan sesuatu........biarlah...sudah lama aku impikan semua tu...........
dan paling seronok..aku sudah mampu drive ke merata tempat...aku gembira dengan perkembangan ini walaupun terlalu kecil bg setengah org........tapi aku amat puas hati..........sangat puas hati.............
Setelah melalui beberapa proses...aku amat gembira..aku makin berbeza dengan sebelum ini..aku amat berharap keadaan ini kekal dan akan ada jalan keluar yang indah di sebalik semua kesusahan ini..........kesan aku lihat...aku suka membaca Al Quran dan amat berat mulut nak berkata2 atau membebel bila ada benda aku tidak puas hati..........
aku berjalan seorang diri...aku makan di kedai seorang diri...biarlah...walaupun pelik pada amat orang, aku tak kisah...asalkan apa aku buat tu tak salah...........aku sangat GEMBIRA dengan percutian kali ini.......sangat-sangat walaupun aku taklah ke destinasi percutian yang jauh atau grand tp aku gembira kerana memberi nafas buat diriku sendiri.........namun apa yang aku harapkan kali ini....aku amat-amat kuat menempuah segala dugaan dan ujian.......AKU SERAHKAN HATI KU, CINTAKU, SAYANG, HIDUP DAN MATIKU UNTUK ALLAH....aku akan pulang membawa semangat baru..........

Sunday 22 May 2011

Aku Yang Dia Tinggalkan...

kira-kira dua bulan yang lalu...dia menghatar mesej ringkas mengatakan dia akan ke London berkursus selama dua bulan....aku terima berita dengan kesediahan...aku rasa seperti ditinggalkan sendirian...sedangkan bila aku renung...siapa aku dan dia...tiada apa2 hubungan pun yang istimewa...aku menangis untuk melepaskan rasa hati.....kernapa...aku tidak pasti....
kini hari detik2 sebelum dia pergi....hubungan kami hambar sangat....dia jarang membalas mesej atau pertanyaanku...aku tabah sangat tabah...aku hanya mampu berdoa dengan segala kekuatanku.....aku hanya menanti dengan amat sabar sekali...aku cemburu barangkali...bimbang dengan pelbagai soalan.....
aku sangat pilu tapi aku harus kuatkan hati dan nekad...hanya pada Allah aku berserah....
Ya Allah anadai tiada kebaikan pada kasih sayang ini ambillah rasa itu dari hatiku...berikanlah ketenangan untukku melalui kehidupan yang mencabar ini..berikan aku hidayah dan petunjuk ke mana arah hidupku...kemana harus aku tuju dengan segala usaha yang tidak seberapa...ambillah dia dari hatiku...ambillah dia dari rasa rinduku...aku ingin berlabuh dengan tenang...dan bahagia dengan apa aku ada....aku tak ingin derita menyelubungi hidupku...kerana hidupku hanya seketika sahaja.....
abang...aku ingin membebaskanmu dari cinta dan sayangku...melepaskan mu kemana sahaja bukan dihatiku...tapi aku amat tidak mampu berbuat demikian....aku tahu tiada harganya ku di hatimu...tiada punya apa pun tempat...permintaanku sia-sia....pengorbananku hampa...kasih sayangku hanya sisa-sisa.....aku amat pasrah...hanya doa menjadi kekuatanku..... selamat jalan...tuahmu pada berjalan seperti  kau harapkan...dan aku bermuhasabah diri...sebenarnya apa aku inginkan dalam hidupku.....apakah aku mengusahakannya....adakah aku berada di jalan yang betul atau aku tersasar jauh...kerana sunyinya hatiku.....
abang.....carilah apa yang kau inginkan dalam hidupmu....aku rasa aku telah berusaha dengan lebih segala kekuatan dan hatiku...cukuplah...
aku ingin punya hidupku sendiri tanpa bayang2 mu yang mengerikan ruang hatiku....ambillah Allah..ambillah kasih sayang dan rindu ini...

Tuesday 3 May 2011

Akan aku lalui kehidupan ini......

setelah sekian lama aku tidak menulis..tapi hati ini sarat dengan pelbagai kalimah dan cerita....
aku kini lebih tenang apabila aku menyerahkan semula rasa cinta dan rindu pada dia padaNya Yang Maha Satu...aku kini ingin menjalani kehidupan dengan kegembiraan dan rasa berpada dengan apa yang aku miliki...
mungkin juga...aku belum mampu menjadi isteri yang baik...ibu yang agung mendidikan generasi terbilang.....

mungkin jua aku akan tidak mampu merasai kelazatan beribadah...jadi aku tunggu sahajalah masa yang Allah aturkan untukku...aku tidak layak memaksa Allah..mengatur Allah sebab dia lebih mulia dan bijaksana mengatur kehidupan manusia semuanya kerana itulah Dia layak disembah sebagai Tuhan semesta alam........
Abang...cukup bahagia untuk aku memanggilmu abang walau kau tak pernah menyambutnya....biarlah abang...aku benar2 tulus.....biar nanti Alla membisikkan dalam hatimu...betpa tulusnya aku...tapi aku selalu mendoakan agar Allah mengurniakan yang terbaik buat kita...moga dirimu bertemu cintamu yang agung bersama cinta restu Ilahi dan aku bertemu cintaku yang Allah anugerahkan....amin...sayang amat tp itu kehendak Allah...aku hanya berserah...
Ya Allah...aku kembali padaMu menyerahkan hati ku yang kosong untuk Kau isi dengan segala ketentuanMu....

Tuesday 19 April 2011

Kita Milik Tuhan

semalaman aku berfikir...ya mungkin benar kata-kata rakan serta sahabatku...aku harus melepaskan dia..merelakan dia bukan tercipta untukku...aku kuatkan hati...dalam baris tilawahku..aku berdoa agar Allah mengambil kembali kasih sayang dan cinta aku pada dia...ambillah Tuhan dan kasihanilah aku..gantikan dengan yang lebih baik dari dia untukku........lepaskan dia dari dalam harapanku...dia insan baik tapi bukan terbaik untukku...aku harus relakan...perlu relakan...
tika malam aku rebahkan tubuhku di perbaringan..aku berbisik ke dalam hatiku...lepaskan dia...lepaskan dia dari harapanku...walau kekadang bisikan syaitan menjelma agar aku tidak mudah mengalah...sudah hampir 3 tahun..lamanya tempoh...untuk apa lagi aku menanti....
Kini aku hanya menanti agar Allah gantikan yang terbaik..aku pulangkan padaMu Tuhan..kerana dulu aku memaksaMu menemukan aku dan dia..untuk menumpang kasih saudara...menjalinkan ukhuwaah dengan harapan agar trebuah cinta hanya keranaMu.....
Ya Allah kuatkanlah hatiku dan gantikanlah cinta dalam hatiku dengan cinta hanya padaMu
aku terima aku gagal lagi kali ini...tapi harapku hanya satu....bantulah aku...aku kesunyian dan kesepian...gantilah teman dihati yang mencintai aku keranaMu....
abang..ku sayang padamu..aku ingin memilikimu..menjalani kehidupan berdua...tapi engkau tidak diciptakan untukku.....
kita semua milik Tuhan......

Kisah Dia Part I

Aku dilanda kecewa yang amat sangat..aku menangis berhenti apabila menerima berita pahit...aku dibohongi....
lalu aku selalu mendoakan agar aku bertemu dengan insan yang lain...dalam setiap sujud, rukuk dan solatku tambahan di Ramadhan Al Mubarak...aku berdoa mendapat insan yang baik.....sehinggalah adikku memberitahuku bahawa dia melaporkan diri ke sini...ke daerah aku...terdetik hatiku...diakah yang dikirimkan untukku.....
dalam satu majlis di kampungku, dia dijemput merasmikannya...aku tak berani melihat wajahnya....hanya suara dan dari belakangnya.....
semenjak dari itu...ada beberapa kali aku bertembung dgn dia....aku hairan..kenapa kereta itu yang aku ingat sangat..bukan kereta2 lain....
apabila ibu ku pergi mengadap Ilahi...aku sangat sepi...dan terlalu sepi....aku teringin sgt mengenali dia...adakah dia....
akhirnya pada 14 Februari 09, aku tersilap menghantar pesanan ringkas...terkena pada dia...dan dia membalasnya...
bermula dari detik itu..aku memulakan langkah ingin mengenali dia...sehingga suatu hari, dia memberikan maklumat yang hampir sama dengan maklumat adikku...aku pelik...dan aku mula ingin menyiasat...
aku ke satu pusat komunikasi: tapi aku tidak diizinkan untuk melihat identiti number yang aku gunakan...

diringkaskan cerita....akhirnya aku tahu itu dia...secret admire aku rupanya...aku cuba berterus terang dengannya....dia tidak percaya...tp aku yakinkan bahawa aku perempuan yang jujur...
oleh kerana aku tidak sabar, malam itu aku luahkan rasa hatiku padanya: bahawa aku sukakan dia....dengan lembut dia menjawab dalam satu sms ringkas:
"Ukhtie fillah, persoalan hati dan perasaan terlalu berat dan rumit..biarlah hati ana ana dan Tuhan ana yang uruskan......."
aku diam...sangat kecewa...aku menangis...menyalahkan diriku kerana sampai bila aku nak kecewa....
aku tidak pernah berputus asa...aku nekad....
rupanya selepas itu, aku mengalami kemurungan yang dasyat semasa membina hubungan dengan dia...aku sgt tak mampu untuk mengawal diriku...aku menangis...kadang2 aku memandu mengelilingi kawasanku....ntah...sekian lama juga aku berada dalam situasi begitu.....terlalu pahit sehingga aku dinasihatkan berjumpa kaunselor......aku bagai hilang pegangan agama....hilang rasa harap pada Tuhan....
aku bagai tiada berdaya....aku puas dinasihati keluarga dan rakan..tapi aku tetap seperti aku yang keras hati dan degil apabila aku inginkan sesuatu walaupun ku tahu hati tak boleh dipaksa...
kadang2 kerana rindukan dia aku memandu kereta melihat keretanya dari arah  taman berdekatan dengan rumahnya...aku lalu di hadapan pejabatnya...gila kan aku...dia langsung tidak berminat untuk mengenali aku........aku semakin kecewa tapi tetap gagah untuk teruskan...
aku dan dia sering berhubung....sehingga sekali lagi aku mencurah rasa...setelah aku fikir kami semakin rapat..kami semakin hari semakin selalu berhubung....
aku mengambil keputusan sekali lagi untuk menyatakan hasrat  hatiku padany...sayang...aku benar2 kecewa terlalu kecewa.....pada 18 Julai 2009....
"Ukhtie..maaf ya...dari dulu ana katakan masalah hati biar ana dengan Tuhan ana yang uruskan, Enti fahamkan...ana tak bagi apa2 harapan, ana tak nak dipersalahkan dibelakang hari. itu sahaja.....
aku tersentak..menangis...terus menangis...aku cuba melupakan dia...tapi hanya seminggu....dalam seminggu aku terus menangis , menangis dan menangis.....ntah la.....aku gagal lagi...sukar aku terima suratan ini..mengapa aku masih gagal dan sering gagal walhal aku telah berusaha bersungguh2 dengan segala kekuatan hatiku......aku hilang arah....beratnya dugaan dan ujian ini...maha hebat.....
******************aku sambung lagi kisah lukaku**************

Aku Ingin Kau Fahami......

Moga suatu hari nanti kau akan fahami...terbuka ruang dalam hatimu untuk ku sentuh di sebuah penantian...
fahamilah........


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

Monday 18 April 2011

Biarlah hatiku berbicara....

aku tidak tahu bagaimana ingin memulakan bicara...tapi hatiku sarat dengan rasa pedih sedih dan sayu yang amat mendalam......aku terima takdik diri andai ini kaffarah dosaku padaMu Tuhan....
aku terpaksa bertahan dengan cinta yang palsu dan harapan yang tak akan jadi kenyataan kerana aku sangat kesunyian...aku agaknya ditakdirkan terlalu sunyi dan sepi yang tak mampu aku bendung lagi...di sini aku tak punya sesiapa....aku tak mampu bertahan atau apa segala....aku memerlukan dia walau aku tahuh aku pasti akan kecewa yang amat dalam.....berdosakah..apakah alternatif aku ada...aku hanya mampu menunggu dengan penuh rasa hiba...siapa tahu hatiku...siapa tahu jiwaku...aku tanggung sendiri dalam sedar yang aku harus melangkah meneruskan kehidupanku...aku sangat tidak mampu..air mataku mengalir bagai tali air yang tidak pernah berhenti...sejak perkenalan aku dan dia...aku sangat menanti semuanya berakhir dengan kemanisan yang amat wajar..............
ku tahu nasibku dan takdirku  tidak sama dengan insan lain...aku gagah melangkah menuju ke destinasiku...aku cuba kuatkan diri meneruskan langkah perjalanan ini...aku harus melangkah dan terus melangkah....mampu atau tidak persoalan itu...harus aku simpan kemas dalam diriku..terus jua melangkah
 dan terus melangkah........
bilakah air mataku akan kering dan aku senyum gembira dengan segala yang aku ada...aku ingin supaya air mata ini tidak menangis lagi.....ingin sangat........

Tuesday 12 April 2011

Harapan Pada Hari Lahir ke 34....

aku amat menyedari ketibaan hari lahirku kali ini..perlu aku sambut dengan kegembiraan sendiri....semalam sejak dari petang aku menitiskan air mata dan terus berdoa agar Allah kurniakan aku bahagia berpanjangan pada hari ini...pada siapa lagi harusku harapkan..pada siapa lagi nak aku merayu kerana aku tiada siapa yang istimewa....seminggu yang lalu aku ada mengambil sepasang baju kurung riyau berwarna biru terang....aku niat biarlah aku pakai pada hari ini..itulah caraku.....aku sangat pilu tapi aku harus bersykur kerana aku masih ada Tuhan yang memberikan aku kesempatan bahagia....dengan cara sendiri......
Hakikatnya aku tahu...hatiku berharap dia mengingati hari lahirku...tapi aku harus tabah kerana siapa aku....biar ku tunggu saat itu......usah aku merayu segala...biar dia tahu sendiri....
Pagi tagi jam 5.53 pagi....sms ku terima dari dia..mengucapkan selamat hari lahir buatku..aku sangat sayu..alangkah indah jika dia tahu bahawa hanya ucapan darinya aku tunggu kerana betapa sayangnya dan dalamnya kasihku untuk dia....aku sayu dan bertambah pilu...walaupun ucapan itu ringkas tapi dialah yang pertama mangucapkannya untukku pada hari lahir kali ini....
Pepagi lagi...aku rasa cantik dan berkeyakinan apabila mengenakan baju biru...terasa berseri juga ...aku melangkah ke sekolah dengan harapan yang indah...biarlah hari ini menjadi hari paling gembira untuk esok dan selamanya....
rupanya sangkaan ku tidak meleset...kekawan sekerja pun kehairanan dan terasa kelainan pada pakaian ku hari ini...dalam hatiku biarlah hari ini menjadi hari bahagia dalam hidupku....dalam sejam setengah..rakan sekerja aku yang sll tidak pernah lup besday aku menghadiahkan semangkuk kristal cokelat choclair biru sama seperti bajuku....aku sangat terharu....
Ya Allah...harapanku tinggi dihari yang bahagia ini..agar Kau ampunkan daku....menemaniku dalam setiap saat dan waktu kerana tiada lagi siapa pelindungku selainMu.....sayangilah aku kerana aku tak mampu hidup tanpa kasih dan rahmatMu...tunaikan hajatku biar air mata aku kering seketika untuk ku rasa nikmat dunia walaupun ku tahu dunia ini hanya sementara...kasihanilah daku dengan rahmat dan kasihMu....kerdilnya aku....

Aku Ingin Kembali Menulis

Setelah sekian lama aku tinggalkan blog ini...tapi dengan semangat hari kelahiranku kali ini aku ingin menulis semula