Sunday, 16 October 2011

HADIAH....

sekian lama kami suka sangat bergaduh...bertegang leher..kadang-kadang aku makin tak faham.....
hari ini 12 Oktober...kami bertegang leher kerana hadiah....masing-masing ego dan keras kepala...tapi aku pelik..abang macam lembut hati skit kali ni....
ntah la....aku macam biasa dengan emosiku.........semalaman aku tunggu abang memujuk tapi itulah seperti selalu...sabar sahaja.....tapi sampai keesokan hari aku masih emosi...tapi akhirnya kami berdamai jugak....rahmat agaknya.....hatiku amat tenang.....ntah makin sayang..terlalu sayang.....
abang meminta aku siapkan soalan forum untuknya...ntah kenapa...aku tak banyak membantah mungkin kerana kuatnya kasih sayang aku pada abang........aku siapkan 9 soalan....aku send pakai FB..abang puji soalan aku..katanya soalan bermutu.............taraf master...aku malas nak kisah...hanya harapan pujian itu ikhlas.......
Oh Tuhan...ambilllah kasih sayang ini..kerana aku tak mampu lagi agaknya menanggung semua ujian ini.........
aku hanya mampu mengungkapkan :
"TIADA TUHAN MELAINKAN ENGKAU, SESUNGGUHNYA AKU TERGOLONG DALAM GOLONGAN ORANG YANG ZALIM".....................

setiap kali aku sedih...aku akan membaca zikir ini..memohon taubat padaMu Tuhan....kerana aku mungkin zalim dalam menilai rahmatMu......
zikir ini peringatan daripada sahabatku apabila aku mengadu kepadanya yang aku sering emosi dan selalu sangat bersedih.
aku dapati kesan kalimah ini amat besar dalam membina kekuatan hati aku...........