Sunday 16 March 2014

KENAPA SAYA KATA AWAK MEMPERMAINKAN SAYA...

Saya dimarahi dan dibenci kerana saya dituduh menuduh abang mempermainkan saya...dan saya tidak sempat menulis sebab-sebab sebagai bukti yang menunjukkan saya dipermainkan....kini setelah hampir 6 tahun termasuk semasa ada hubungan dan selepas itu...saya mempu menulis segalanya...sebelum terlambat...

Mengapa saya kata awak mempermainkan saya :

1. STATUS HUBUNGAN KITA

Hubungan kita berjalan dalam suasana penuh rahsia...saya tidak dibenarkan bercerita kepada kawan-kawan apatah lagi adik beradik saya...saya perlu merahsiakan..abang juga sama...sehingga abang tergamak cakap "kalau boleh tak nak mak tahu".....dan saya tidak dibenarkan jumpa abang di khalayak ramai walaupun kita juga berjumpa diliuar.....sungguh saya tak faham....saya tidak dibenarkan add FB pada mulanya tapi boleh setelah beberapa lama dari itu...saya tak boleh mnulis kata-kata yang boleh memberikan adik beradik saya tahu  tentang kita....sungguh rahsia...atas satu sahaja alasan : STATUS ABANG SEBAGAI KADI DAERAH....

hakikatnya bila saya renungkan...status hubungan begitulah menjadikan abang senang dan mudah membuang saya..abang mempermainkan saya dan menjadikan saya tempat mengisi masa dan kekosongan abang di sini...

Ohhhh saya bagai tak mampu menulis lagi...inipun sudah pedih....


2. UCAPAN YANG MENJENGKELKAN..

agakanya sudah menjadi kebiasaan lelaki seperti abng menggunakan perkataan-perkatan "sayang" "rindu" "abang sayang" "enti sorang sahaja"."muahhhh".....menjadi biasa pada lidah abang...saya terpesonan dengan kata-kata tipu semua itu..sungguh tertipu..hanya mainan kata-kata sahaja yang tiada maksud jujur...
sampai hati abang...sungguh sampai hati...pedih hati saya...tergamak kita semada agamawan mempermainkan sesama kita dengan begini....sungguh tergamak....

3. CERITA LUCAH

Abang..saya selalu terbaca..apabila lelaki itu tidak menghormati wanita dia selalu akan bercerita hal-hal lucah dan kurang sopan dengan wanita itu....

4. BAWA 2 WANITA BERSAMA BERCUTI

inilah yang membuatkan saya rasa betul2 mempermainkan saya...saya tercabar kesetiaan saya dan keikhlasan saya...saya menanti abang di Malaysia....berharap abang setia di sana...tapi yang terjadi sebaliknya....saya sungguh2 merahsiakan hubungan kita kerana nama baik abang...tapi hakikatnya abang memperbodohkan saya...abang menipu saya..abang manusia hipokrit yang mempunyai watak yang berbeza di tempat berbeza...inilah punca pergaduhan besar antara kita..abang betul2 mempermainkan saya....saya sungguh letih kita bimcangkan hal ini....

5. SELALU MUNGKIR JANJI

sangat selalu..

6. TAK HORMAT DUIT RINGGIT DAN BARANGAN SAYA

saya bukan manusia berkira...tapi abang langsung tiada hormat pada harta benda saya....kisah kain baju peunjabi sangat menyayat hati saya....sungguh2

7. KATA-KATA KASAR

saya biasa diberi kata "meghela..menggatal...dan segala kata kasar lagi...

perlukah habis plot ini....

8. KATA PUTUS DARI ABANG....

cukuplah semua itu menajdikan saya faham..abang benar-benar


MEMPERMAINKAN SAYA....terima kasih abang....


pedihnya....sangat pedih...kini saya memperolehi keputusan saya...semua yang berkait hutang ini...dibayarlah diakhirat...saya tak mampu lagi...cukuplah 3 tahun dan 4 tahun saya bertahan...

AKU FAHAM KENAPA AKU BERTAHAN DI WAKTU ITU...BERSABARLAH...

Duhai hati..bersabarlah

harus sabar dalam menghadapi detik ini..memang pahit dan sukar
senyum bagai tiada seri...tapi kehidupan harus aku teruskan....amanah dan tanggungjawab perlu aku pikul walau dalam hatiku menjerit tak terkira...
ku rasa bagaimana aku dibuang...dilempar ke sudut dan aku tidak dipedulikan lagi....hanya catatan beginilah menjadikan aku mampu meluahkan segalanya...
aku tahu memang sukar...dan aku faham bahawa kenapa di masa itu aku terdesak mencari sebuah kasih sayang.....dan dia memberinya walaupun tidak sepenuh hati

situasi di rumah penuh dengan keserabutan...aku baru kematian mak yang kemudian segala tanggungan terletak di bahu aku...ayah yang seperti kemurungan...sering sakit dan masuk wad...aku terpaksa menerima kehadiran kak dan anak-anaknya yang tinggal sebumbung....sungguh perit...dan aku memikulnya sendirian....aku selalu menangis...kadang sampai ambil cuti sakit dan cuti rehat tanpa sebab..keluarga selalu menyalahkan aku...aku tidak tahu bergaya...aku gemuk...hilang segala keyakinan diriku....Oh Tuhannnn..hanya aku faham deritanya aku waktu itu....siapa tahu deritanya aku di waktu itu...yang sukar aku kongsikan dengan sesiapa...
tujuanku hanya satu...ada insan membawa aku pergi dari masalah itu...aku jiga tiada kewangan yang cukup seperti sekarang....aduhhh...sungguh perit...
aku selalu mendapat khidmat kaunseling...tapi akhirnya aku faham...aku yang harus kuat...
dengan abang tempat aku meneduh kasih walaupun penuh dengan penolakan...tapi aku terus kuat tanpa aku sedar aku hanya tempat mengisi masa...
sngguh aku selalu tretekan..menangis semalaman dan amat perit memikul bebanan...
meskipun aku pernah berjalan...tapi di hati sarat penuh kepayahan.......
aku sering duduk di pantai merenung nasib diri....kadang aku memandu sambil menangis...hanya temnpat itu yang menjadi saksi betapi peritnya aku...
maka sebab itu aku sanggup bertahan dengan hubungan itu....
kerana itu cara aku mengubati diri sendiri...walaupun abang sangat negatif pada aku...
hakikatnya dari dulu dari awal lagi abang memang memeberikan penolakan...tapi aku sahaja yang masih gigih dan terus berusaha...kerana mungkin aku terdesak.....dan sungguh terdesak kerana aku terbeban dengan seribu satu masalah dan tekanan.....
kini aku faham dan aku tidak menyalahkan diriku malah aku kesiankan diri sendiri...sebab itu aku menulis plot ini...supaya aku tahu diriku ini di mana....
kini aku amat sayangkan diri sendiri...dan aku tidak berdendam dengan abang...sekurangnya walaupun pahit aku sempat berteduh di bwah kasih sayang dan perhatian dia walaupun tidak sepenuh hari....walaupun aku derita pada peringkat permulaan hubungan itu lagi....
walau aku mensyaki sikap dan peribadi abang...tapi aku tetap positif...hakikatnya apa yang aku lalui kini menjadi jawapan atas segala persoalan di masa lalu...
terima kasih abang..kerana mempergunakan kasih sayang dan kesetiaan aku hanya untuk mengisi permukiman dan persinggahan kamu di sini....

Thursday 13 March 2014

ILMU DIA UNTUKKU...

Sepanjang kami berkenalan selama hampir 5 tahun..bermula 14 Februari 2009 hingga 6 November 2012......aku kini mencatatkan beberapa pelajaran yang dia tinggalkan untuk aku :

1. Belajar gembira hidup di bumi Langkawi...banyak keluar menghayati keindahan Langkawi..hargai apa sahaja tempat yang ada di daerah ini...

2. Jadikan melancong sebagai satu hobi dan cara melepaskan rasa...terapi zahir dan batin

3. Sentiasa menjaga imej agar kemas, bergaya dan berketrampilan dalam setiap masa...

4. Banyak berfikir positif dalam apa jua yang dilakukan...

5. Jangan terlalu banyak berfikir dalam semua perkara..ia akan menyerabutkan....


teruskan hidup wahai diri..moga didepanmu segala yang jauh bermakna untukmu...

LUPAKAN DIA...LUPAKAN DIA..LEPASKAN DIA DARI INGATANMU.....
DIA TIDAK DICIPTAKAN UNTUKMU....

BENAR CINTA ITU BUKAN MEMILIKI...

telah lama aku tidak menulis..dan aku tidak tahu betapa sarat yang terkandung dalam hatiku...untuk ku luah dengan penuh rasa...
akhirnya aku menerima berita abang bertukar..tanpa memberitahu aku..tanpa memaklumkan aku...seakan tiada siapa pun yang penting di sini pada dia...
aku rasa cukup sebak..rupanya aku tak pernah penting dalam dirinya..tak pernah ada ruang untuk aku dalam lipatan sejarah persahabatannya...
aku sungguh sebak..sehingga hari aku menulis ini pun aku masih menahan sebak yang amat sangat...r

KENAPA AKU SEBAK:
1.KERANA AKU SEDAR AKU DIBUANG BENAR DIBUANG DALAM LIPATAN HIDUPNYA..
2.LANGASUNG DIA TIDAK MEMAKLUMKAN AKU...AKU MEMBUANG WAKTUKU YANG TERLALU LAMA DI SINI UNTUK DIA...
TAPI INILAH DIA...DIA YANG PERNAH AKU SAYANG...YANG PERNAH AKU SERAH SELURUH HATIKU...

OHHH KEJAMNYA KAMU ABANG..BARU AKU TAHU DIA SANGAT KEJAM UNTUKKU....AKU HARUS MELEPASKAN DIA PERGI DARI HIDUPKU...