Tuesday 19 April 2011

Kita Milik Tuhan

semalaman aku berfikir...ya mungkin benar kata-kata rakan serta sahabatku...aku harus melepaskan dia..merelakan dia bukan tercipta untukku...aku kuatkan hati...dalam baris tilawahku..aku berdoa agar Allah mengambil kembali kasih sayang dan cinta aku pada dia...ambillah Tuhan dan kasihanilah aku..gantikan dengan yang lebih baik dari dia untukku........lepaskan dia dari dalam harapanku...dia insan baik tapi bukan terbaik untukku...aku harus relakan...perlu relakan...
tika malam aku rebahkan tubuhku di perbaringan..aku berbisik ke dalam hatiku...lepaskan dia...lepaskan dia dari harapanku...walau kekadang bisikan syaitan menjelma agar aku tidak mudah mengalah...sudah hampir 3 tahun..lamanya tempoh...untuk apa lagi aku menanti....
Kini aku hanya menanti agar Allah gantikan yang terbaik..aku pulangkan padaMu Tuhan..kerana dulu aku memaksaMu menemukan aku dan dia..untuk menumpang kasih saudara...menjalinkan ukhuwaah dengan harapan agar trebuah cinta hanya keranaMu.....
Ya Allah kuatkanlah hatiku dan gantikanlah cinta dalam hatiku dengan cinta hanya padaMu
aku terima aku gagal lagi kali ini...tapi harapku hanya satu....bantulah aku...aku kesunyian dan kesepian...gantilah teman dihati yang mencintai aku keranaMu....
abang..ku sayang padamu..aku ingin memilikimu..menjalani kehidupan berdua...tapi engkau tidak diciptakan untukku.....
kita semua milik Tuhan......

Kisah Dia Part I

Aku dilanda kecewa yang amat sangat..aku menangis berhenti apabila menerima berita pahit...aku dibohongi....
lalu aku selalu mendoakan agar aku bertemu dengan insan yang lain...dalam setiap sujud, rukuk dan solatku tambahan di Ramadhan Al Mubarak...aku berdoa mendapat insan yang baik.....sehinggalah adikku memberitahuku bahawa dia melaporkan diri ke sini...ke daerah aku...terdetik hatiku...diakah yang dikirimkan untukku.....
dalam satu majlis di kampungku, dia dijemput merasmikannya...aku tak berani melihat wajahnya....hanya suara dan dari belakangnya.....
semenjak dari itu...ada beberapa kali aku bertembung dgn dia....aku hairan..kenapa kereta itu yang aku ingat sangat..bukan kereta2 lain....
apabila ibu ku pergi mengadap Ilahi...aku sangat sepi...dan terlalu sepi....aku teringin sgt mengenali dia...adakah dia....
akhirnya pada 14 Februari 09, aku tersilap menghantar pesanan ringkas...terkena pada dia...dan dia membalasnya...
bermula dari detik itu..aku memulakan langkah ingin mengenali dia...sehingga suatu hari, dia memberikan maklumat yang hampir sama dengan maklumat adikku...aku pelik...dan aku mula ingin menyiasat...
aku ke satu pusat komunikasi: tapi aku tidak diizinkan untuk melihat identiti number yang aku gunakan...

diringkaskan cerita....akhirnya aku tahu itu dia...secret admire aku rupanya...aku cuba berterus terang dengannya....dia tidak percaya...tp aku yakinkan bahawa aku perempuan yang jujur...
oleh kerana aku tidak sabar, malam itu aku luahkan rasa hatiku padanya: bahawa aku sukakan dia....dengan lembut dia menjawab dalam satu sms ringkas:
"Ukhtie fillah, persoalan hati dan perasaan terlalu berat dan rumit..biarlah hati ana ana dan Tuhan ana yang uruskan......."
aku diam...sangat kecewa...aku menangis...menyalahkan diriku kerana sampai bila aku nak kecewa....
aku tidak pernah berputus asa...aku nekad....
rupanya selepas itu, aku mengalami kemurungan yang dasyat semasa membina hubungan dengan dia...aku sgt tak mampu untuk mengawal diriku...aku menangis...kadang2 aku memandu mengelilingi kawasanku....ntah...sekian lama juga aku berada dalam situasi begitu.....terlalu pahit sehingga aku dinasihatkan berjumpa kaunselor......aku bagai hilang pegangan agama....hilang rasa harap pada Tuhan....
aku bagai tiada berdaya....aku puas dinasihati keluarga dan rakan..tapi aku tetap seperti aku yang keras hati dan degil apabila aku inginkan sesuatu walaupun ku tahu hati tak boleh dipaksa...
kadang2 kerana rindukan dia aku memandu kereta melihat keretanya dari arah  taman berdekatan dengan rumahnya...aku lalu di hadapan pejabatnya...gila kan aku...dia langsung tidak berminat untuk mengenali aku........aku semakin kecewa tapi tetap gagah untuk teruskan...
aku dan dia sering berhubung....sehingga sekali lagi aku mencurah rasa...setelah aku fikir kami semakin rapat..kami semakin hari semakin selalu berhubung....
aku mengambil keputusan sekali lagi untuk menyatakan hasrat  hatiku padany...sayang...aku benar2 kecewa terlalu kecewa.....pada 18 Julai 2009....
"Ukhtie..maaf ya...dari dulu ana katakan masalah hati biar ana dengan Tuhan ana yang uruskan, Enti fahamkan...ana tak bagi apa2 harapan, ana tak nak dipersalahkan dibelakang hari. itu sahaja.....
aku tersentak..menangis...terus menangis...aku cuba melupakan dia...tapi hanya seminggu....dalam seminggu aku terus menangis , menangis dan menangis.....ntah la.....aku gagal lagi...sukar aku terima suratan ini..mengapa aku masih gagal dan sering gagal walhal aku telah berusaha bersungguh2 dengan segala kekuatan hatiku......aku hilang arah....beratnya dugaan dan ujian ini...maha hebat.....
******************aku sambung lagi kisah lukaku**************

Aku Ingin Kau Fahami......

Moga suatu hari nanti kau akan fahami...terbuka ruang dalam hatimu untuk ku sentuh di sebuah penantian...
fahamilah........


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

Monday 18 April 2011

Biarlah hatiku berbicara....

aku tidak tahu bagaimana ingin memulakan bicara...tapi hatiku sarat dengan rasa pedih sedih dan sayu yang amat mendalam......aku terima takdik diri andai ini kaffarah dosaku padaMu Tuhan....
aku terpaksa bertahan dengan cinta yang palsu dan harapan yang tak akan jadi kenyataan kerana aku sangat kesunyian...aku agaknya ditakdirkan terlalu sunyi dan sepi yang tak mampu aku bendung lagi...di sini aku tak punya sesiapa....aku tak mampu bertahan atau apa segala....aku memerlukan dia walau aku tahuh aku pasti akan kecewa yang amat dalam.....berdosakah..apakah alternatif aku ada...aku hanya mampu menunggu dengan penuh rasa hiba...siapa tahu hatiku...siapa tahu jiwaku...aku tanggung sendiri dalam sedar yang aku harus melangkah meneruskan kehidupanku...aku sangat tidak mampu..air mataku mengalir bagai tali air yang tidak pernah berhenti...sejak perkenalan aku dan dia...aku sangat menanti semuanya berakhir dengan kemanisan yang amat wajar..............
ku tahu nasibku dan takdirku  tidak sama dengan insan lain...aku gagah melangkah menuju ke destinasiku...aku cuba kuatkan diri meneruskan langkah perjalanan ini...aku harus melangkah dan terus melangkah....mampu atau tidak persoalan itu...harus aku simpan kemas dalam diriku..terus jua melangkah
 dan terus melangkah........
bilakah air mataku akan kering dan aku senyum gembira dengan segala yang aku ada...aku ingin supaya air mata ini tidak menangis lagi.....ingin sangat........

Tuesday 12 April 2011

Harapan Pada Hari Lahir ke 34....

aku amat menyedari ketibaan hari lahirku kali ini..perlu aku sambut dengan kegembiraan sendiri....semalam sejak dari petang aku menitiskan air mata dan terus berdoa agar Allah kurniakan aku bahagia berpanjangan pada hari ini...pada siapa lagi harusku harapkan..pada siapa lagi nak aku merayu kerana aku tiada siapa yang istimewa....seminggu yang lalu aku ada mengambil sepasang baju kurung riyau berwarna biru terang....aku niat biarlah aku pakai pada hari ini..itulah caraku.....aku sangat pilu tapi aku harus bersykur kerana aku masih ada Tuhan yang memberikan aku kesempatan bahagia....dengan cara sendiri......
Hakikatnya aku tahu...hatiku berharap dia mengingati hari lahirku...tapi aku harus tabah kerana siapa aku....biar ku tunggu saat itu......usah aku merayu segala...biar dia tahu sendiri....
Pagi tagi jam 5.53 pagi....sms ku terima dari dia..mengucapkan selamat hari lahir buatku..aku sangat sayu..alangkah indah jika dia tahu bahawa hanya ucapan darinya aku tunggu kerana betapa sayangnya dan dalamnya kasihku untuk dia....aku sayu dan bertambah pilu...walaupun ucapan itu ringkas tapi dialah yang pertama mangucapkannya untukku pada hari lahir kali ini....
Pepagi lagi...aku rasa cantik dan berkeyakinan apabila mengenakan baju biru...terasa berseri juga ...aku melangkah ke sekolah dengan harapan yang indah...biarlah hari ini menjadi hari paling gembira untuk esok dan selamanya....
rupanya sangkaan ku tidak meleset...kekawan sekerja pun kehairanan dan terasa kelainan pada pakaian ku hari ini...dalam hatiku biarlah hari ini menjadi hari bahagia dalam hidupku....dalam sejam setengah..rakan sekerja aku yang sll tidak pernah lup besday aku menghadiahkan semangkuk kristal cokelat choclair biru sama seperti bajuku....aku sangat terharu....
Ya Allah...harapanku tinggi dihari yang bahagia ini..agar Kau ampunkan daku....menemaniku dalam setiap saat dan waktu kerana tiada lagi siapa pelindungku selainMu.....sayangilah aku kerana aku tak mampu hidup tanpa kasih dan rahmatMu...tunaikan hajatku biar air mata aku kering seketika untuk ku rasa nikmat dunia walaupun ku tahu dunia ini hanya sementara...kasihanilah daku dengan rahmat dan kasihMu....kerdilnya aku....

Aku Ingin Kembali Menulis

Setelah sekian lama aku tinggalkan blog ini...tapi dengan semangat hari kelahiranku kali ini aku ingin menulis semula