Tuesday 19 April 2011

Kisah Dia Part I

Aku dilanda kecewa yang amat sangat..aku menangis berhenti apabila menerima berita pahit...aku dibohongi....
lalu aku selalu mendoakan agar aku bertemu dengan insan yang lain...dalam setiap sujud, rukuk dan solatku tambahan di Ramadhan Al Mubarak...aku berdoa mendapat insan yang baik.....sehinggalah adikku memberitahuku bahawa dia melaporkan diri ke sini...ke daerah aku...terdetik hatiku...diakah yang dikirimkan untukku.....
dalam satu majlis di kampungku, dia dijemput merasmikannya...aku tak berani melihat wajahnya....hanya suara dan dari belakangnya.....
semenjak dari itu...ada beberapa kali aku bertembung dgn dia....aku hairan..kenapa kereta itu yang aku ingat sangat..bukan kereta2 lain....
apabila ibu ku pergi mengadap Ilahi...aku sangat sepi...dan terlalu sepi....aku teringin sgt mengenali dia...adakah dia....
akhirnya pada 14 Februari 09, aku tersilap menghantar pesanan ringkas...terkena pada dia...dan dia membalasnya...
bermula dari detik itu..aku memulakan langkah ingin mengenali dia...sehingga suatu hari, dia memberikan maklumat yang hampir sama dengan maklumat adikku...aku pelik...dan aku mula ingin menyiasat...
aku ke satu pusat komunikasi: tapi aku tidak diizinkan untuk melihat identiti number yang aku gunakan...

diringkaskan cerita....akhirnya aku tahu itu dia...secret admire aku rupanya...aku cuba berterus terang dengannya....dia tidak percaya...tp aku yakinkan bahawa aku perempuan yang jujur...
oleh kerana aku tidak sabar, malam itu aku luahkan rasa hatiku padanya: bahawa aku sukakan dia....dengan lembut dia menjawab dalam satu sms ringkas:
"Ukhtie fillah, persoalan hati dan perasaan terlalu berat dan rumit..biarlah hati ana ana dan Tuhan ana yang uruskan......."
aku diam...sangat kecewa...aku menangis...menyalahkan diriku kerana sampai bila aku nak kecewa....
aku tidak pernah berputus asa...aku nekad....
rupanya selepas itu, aku mengalami kemurungan yang dasyat semasa membina hubungan dengan dia...aku sgt tak mampu untuk mengawal diriku...aku menangis...kadang2 aku memandu mengelilingi kawasanku....ntah...sekian lama juga aku berada dalam situasi begitu.....terlalu pahit sehingga aku dinasihatkan berjumpa kaunselor......aku bagai hilang pegangan agama....hilang rasa harap pada Tuhan....
aku bagai tiada berdaya....aku puas dinasihati keluarga dan rakan..tapi aku tetap seperti aku yang keras hati dan degil apabila aku inginkan sesuatu walaupun ku tahu hati tak boleh dipaksa...
kadang2 kerana rindukan dia aku memandu kereta melihat keretanya dari arah  taman berdekatan dengan rumahnya...aku lalu di hadapan pejabatnya...gila kan aku...dia langsung tidak berminat untuk mengenali aku........aku semakin kecewa tapi tetap gagah untuk teruskan...
aku dan dia sering berhubung....sehingga sekali lagi aku mencurah rasa...setelah aku fikir kami semakin rapat..kami semakin hari semakin selalu berhubung....
aku mengambil keputusan sekali lagi untuk menyatakan hasrat  hatiku padany...sayang...aku benar2 kecewa terlalu kecewa.....pada 18 Julai 2009....
"Ukhtie..maaf ya...dari dulu ana katakan masalah hati biar ana dengan Tuhan ana yang uruskan, Enti fahamkan...ana tak bagi apa2 harapan, ana tak nak dipersalahkan dibelakang hari. itu sahaja.....
aku tersentak..menangis...terus menangis...aku cuba melupakan dia...tapi hanya seminggu....dalam seminggu aku terus menangis , menangis dan menangis.....ntah la.....aku gagal lagi...sukar aku terima suratan ini..mengapa aku masih gagal dan sering gagal walhal aku telah berusaha bersungguh2 dengan segala kekuatan hatiku......aku hilang arah....beratnya dugaan dan ujian ini...maha hebat.....
******************aku sambung lagi kisah lukaku**************

No comments:

Post a Comment