Monday 8 July 2013

RAMADHAN INI AKU LALUI TANPA DIA LAGI...

Dulu 5 tahun yang lalu, Ramadhan aku dalam kesedihan dan kesepian...tapi kali ini lebih teruk daripada hari ini.....setiap kali aku solat dalam sujud dan rukuk ku..aku panjatkan doa..agar aku bertemu insan yang aku sayang....akhirnya aku tertipu dengan doa dan sangkaanku...dia ke sini pada Ramadhan itu...akhirnya Ramadhan seterusnya kami lalui dengan pelbagai kenangan..

Ramadhan pertama : awal pengenalan, abang p KL beli kasut siap hantar imej bagi aku
Ramadhan kedua : dating dan sellau sangat gembira
Ramadhan ketiga : pergaduhan akibat peristiwa Paris
Ramadhan empat : sering bergaduh dan selalu bergaduh

akhirnya tiada lagi Ramadhan untuk kami bersama

kali ini...biarkan aku lalui Ramadhan sendirian..biarlah aku cuba sedayaku menghilangkan rasa dihati,.....inilah takdir yang mungkin ada hikmah yang belum aku lihat hari ini...biarlah segalanya berlalu...pewdih sangat..amat sangat
terllau banyak yang tidak adil untuk aku.....sudahlah...biarlah ia berlalu....

Wednesday 3 July 2013

AKU JUGA FAHAM..KENAPA RAMADHAN AKU SEDIH

Bila Ramadhan ingin menjelang...aku faham rasa sunyi..tahun ini aku lalui seorang diri...sunyi dan sepi...tiada harapan aku panjatkan...aku juga ingin seperti mereka...punya hidup dan keluarga sendiri....moga Engkau memberi dengan penuh barakah dan berkatnya.....aku ingin seperti mereka...aku buang rasa cemburu...tapi dalam hatiku...pilu dan pilu sangat....

Sunday 9 June 2013

AKU RINDU...

Entah mengapa dan bukan aku pinta...rindu padanya terlalu menyapa dalam benak hatiku...walau aku tahu..semua itu sudah lama berlalu...dan takkan mungkin dia juga merindui aku seperti aku merinduinya...
aku terlalu rindu...apa yang mampu aku lakukan...hanyalah memohon pada Allah agar Dia menentukan mana yang terbaik buat aku....aku tak mampu menahan air mata mengingatkan segala kenangan kami bersama...dan aku hanya mampu menerima dengan seribu syukur....semua ini pasti akan kesudahan dan hikmah terbaik
aku akui memang aku sunyi tapi dari satu hubungan yang tak pasti, pada yang tak menghargai..adalah lebih baik aku sendiri begini......hanya Allah yang tahu apa dalam  hatinya...apa hikmah terbaik semua ini...
dan aku rasa mungkin aku masih mencintainya....dan masih mengharap kami bersatu semula...itulah hebatnya sebuah perasaan....aku berharap Allah gantikan dengan yang lebih baik...hasil kecekalan dan ketabahan aku menempuh semua ujian ini...betapa lemahnya aku ini....
Ya Allah..aku ingin melalui hidup ini dengan penuh kekuatan...aku cuba menerima ketentuanMu yang Maha Agung kerana aku tidak tahu apa yang ada dihadapan atau dibelakang serta di dalam kerana Engkau lebih mengetahui....aku sangat merindui dia...ntah atas dendam, sunyi atau apa....aku sangat rindu...pedih dan pahitnya rindu ini bila aku merindui orang yang tak pernah merindui aku apatah menghargai kasih sayang aku...maka Ya Allah ampunkan aku...aku sangat tak mampu bila rindu itu datang..hanya aku mahu kau gantikanlah dengan yang jauh lebih baik untukku....aku sangat berharap...aku mengerti ini takdirmu...bantulah aku mmebuang rasa rindu ini.....

Sunday 14 April 2013

ADAKAH AKU????...

setinggi syukur aku lafazkan pada Tuhan...semakin hari semakin aku melihat hikmahnya perpisahan ini...tidak aku nafikan betapa aku rasa rindu dan kadang-kadang pedih di atas semua ingatan pada kenangan itu...yang pasti aku tidak perlu menangis dan menanti setiap hari...penantian yang tak pernah pasti...adalah lebih baik aku hidup sendiri dan menjalani kehidupan keseorang daripada dekat tapi tidak pasti......
aku tidak perlu menjaga hati sesiapa...dan tak perlu melakukan apa-apa yang ntah dihargai atau tidak.....
Ya Allah lapangkan hati aku memaafkan orang atau lebih tepat dia...lapangkan selapangnya agar bisa aku tenang dan beroleh bahagia berkekalan...
usah aku masukkan dia dalam emosi ku kerana ia hanya menghancurkan rutin harian ku...anggaplaj begini...aku ada apa yang dia tiada dan dia tiada apa yang aku ada...dan aku mempunyai Allah yang Maha segala...
hari ini tanpa kasih suami atau dia sekalipun...aku kaya dengan pelbagai jenis kasih sayang yang lebih tulus dan ikhlas....kita tak boleh kahwin dengan lelaki yang tidak bertanggungjawab yang tidak mencintai kita sepenuh hati dan apatah lagi akan tinggalkan kita bila berdepan dengan kelemahan kita...

Lafazkan banyak-banyak puji...sebagaimana dia melupakan anda...lupakan dia...dengan bantuan Allah segalanya akan mungkin....lupakanlah....insya Allah terpancar bahagia berpanjangan.....

Monday 4 March 2013

MASIH SAYANG RUPANYA...

sudah lama juga aku dan dia tiada lagi hubungan secara rasmi...dan masing-masing meneruskan kehidupan dengan cara masing-masing....
tapi apa aku lalui...rupanya aku mungkin masih sayangkan dia...masih lagi menjejak tentang dia...dan aku juga masih melihat dia...kami di satu tempat tp kami bawa haluan masing2...
ntah lah..hari ini aku cukup sedih dengan sikap rakan sekerja yang sangat pentingkan diri sendiri...mungkin bila manusia meletakkan dengki itu di atas dan dia tidak mahu lagi untuk menerima org lain...
aku pasrah amat sangat...pedih sangat....