Friday, 20 March 2015

HAKIKATNYA...

Sehingga kini...hampir sebulan semua itu berlaku...dan aku setiap hari berjuang membina kekuatan setakat aku mampu...
aku akui..aku sangat tenang...tenang daripada memikirkan tentang hati aku yang tak dihargai...tentang kedudukan aku yang ntah di mana tempatnya...aku tenang tanpa aku harus setiap hari beralah...ya,...memang keputusan itu pahit tapi ia menenangkan...
aku hanya perlu meredhai apa yang berlaku...belajar melepaskan bahawa ia adalah kenangan untuk aku...dan belajar hadam dalam diri bahawa...benar bahawa kasih sayang itu hanya mainan sementara...
aku bersyukur..aku ada peningkatan aku sendiri...rupanya aku tak boleh meninggalkan solat malam...aku akan jadi tak ketentuan....aku bersyukur
maka setiap hari aku harap Allah bersama dengan aku...melihat aku mendengar luahanku dan Dia mengawaku...syukur di sebalik keputusan yang hebat...
aku sedar sehingga kini hanya aku sahaja yang mengenangnya...tapi dia langsung tak mempedulikan...sedarlah...daripada makan hati baik angkat kaki..bina bahagia sendiri....bahagia itu sangat subjektif....

SEKIAN LAMA AKU TIDAK MENULIS...

Jika disemak..rupanya hampir setahun atau dua tahun aku tidak menulis di blog ini
tapi aku hari ini bukanlah aku yang dulu...telah banyak berubah dan kini aku merasakan aku adalah antara insan yang bahagia dengan kehidupan anugerah Tuhan

telah lama aku mungkin aku tinggalkan air mata dari terus berjela di mata walaupun kadang kenangan pahit itu datang menjengah jua
tapi aku tabah dan terus tabah hingga kini aku senyum sendiri
bahawa aku telah bahagia
dan terus berharap ada takdir lebih terbaik buat aku
ketika aku dipilih menunaikan umrah tahun lalu diselangkan dengan perpindahan dia dari daerahku
ohhh rupanya itu antara permulaan yang membahagiakan
dan kini aku akan menulis lagi
dalam emosi yang berbeza
ohhh sungguh lucu...
bila aku baca post aku yang bertahun dulu............
wahhh aku dulu insan yang sungguh emosi...
mungkin aku tidak setenang hari ini...mungkin waktu itu..aku belum matang dalam sekolah kehidupan
tapi itu tetap aku kan......