Friday 20 March 2015

HAKIKATNYA...

Sehingga kini...hampir sebulan semua itu berlaku...dan aku setiap hari berjuang membina kekuatan setakat aku mampu...
aku akui..aku sangat tenang...tenang daripada memikirkan tentang hati aku yang tak dihargai...tentang kedudukan aku yang ntah di mana tempatnya...aku tenang tanpa aku harus setiap hari beralah...ya,...memang keputusan itu pahit tapi ia menenangkan...
aku hanya perlu meredhai apa yang berlaku...belajar melepaskan bahawa ia adalah kenangan untuk aku...dan belajar hadam dalam diri bahawa...benar bahawa kasih sayang itu hanya mainan sementara...
aku bersyukur..aku ada peningkatan aku sendiri...rupanya aku tak boleh meninggalkan solat malam...aku akan jadi tak ketentuan....aku bersyukur
maka setiap hari aku harap Allah bersama dengan aku...melihat aku mendengar luahanku dan Dia mengawaku...syukur di sebalik keputusan yang hebat...
aku sedar sehingga kini hanya aku sahaja yang mengenangnya...tapi dia langsung tak mempedulikan...sedarlah...daripada makan hati baik angkat kaki..bina bahagia sendiri....bahagia itu sangat subjektif....

No comments:

Post a Comment