Tuesday 12 April 2011

Harapan Pada Hari Lahir ke 34....

aku amat menyedari ketibaan hari lahirku kali ini..perlu aku sambut dengan kegembiraan sendiri....semalam sejak dari petang aku menitiskan air mata dan terus berdoa agar Allah kurniakan aku bahagia berpanjangan pada hari ini...pada siapa lagi harusku harapkan..pada siapa lagi nak aku merayu kerana aku tiada siapa yang istimewa....seminggu yang lalu aku ada mengambil sepasang baju kurung riyau berwarna biru terang....aku niat biarlah aku pakai pada hari ini..itulah caraku.....aku sangat pilu tapi aku harus bersykur kerana aku masih ada Tuhan yang memberikan aku kesempatan bahagia....dengan cara sendiri......
Hakikatnya aku tahu...hatiku berharap dia mengingati hari lahirku...tapi aku harus tabah kerana siapa aku....biar ku tunggu saat itu......usah aku merayu segala...biar dia tahu sendiri....
Pagi tagi jam 5.53 pagi....sms ku terima dari dia..mengucapkan selamat hari lahir buatku..aku sangat sayu..alangkah indah jika dia tahu bahawa hanya ucapan darinya aku tunggu kerana betapa sayangnya dan dalamnya kasihku untuk dia....aku sayu dan bertambah pilu...walaupun ucapan itu ringkas tapi dialah yang pertama mangucapkannya untukku pada hari lahir kali ini....
Pepagi lagi...aku rasa cantik dan berkeyakinan apabila mengenakan baju biru...terasa berseri juga ...aku melangkah ke sekolah dengan harapan yang indah...biarlah hari ini menjadi hari paling gembira untuk esok dan selamanya....
rupanya sangkaan ku tidak meleset...kekawan sekerja pun kehairanan dan terasa kelainan pada pakaian ku hari ini...dalam hatiku biarlah hari ini menjadi hari bahagia dalam hidupku....dalam sejam setengah..rakan sekerja aku yang sll tidak pernah lup besday aku menghadiahkan semangkuk kristal cokelat choclair biru sama seperti bajuku....aku sangat terharu....
Ya Allah...harapanku tinggi dihari yang bahagia ini..agar Kau ampunkan daku....menemaniku dalam setiap saat dan waktu kerana tiada lagi siapa pelindungku selainMu.....sayangilah aku kerana aku tak mampu hidup tanpa kasih dan rahmatMu...tunaikan hajatku biar air mata aku kering seketika untuk ku rasa nikmat dunia walaupun ku tahu dunia ini hanya sementara...kasihanilah daku dengan rahmat dan kasihMu....kerdilnya aku....

No comments:

Post a Comment