Sunday 17 July 2011

UNTUNGNYA KAMU NUR.....aku hanya mampu mengenang.....

Awal Mac lalu..aku dikenalkan dengan seorang balu yang muda dan kematian suami beranak dua...semenjak itu..aku selalu mengikuti kisahnya dan anak-anaknya..aku baca semua tulisan dia dalam blognya....aku amat berbesar hati..tersiat dan ada sedikit rasa cemburu....kalau boleh Tuhan...aku inginkan nikmat seperti Nur.....
Nur..wanita yang sangat bertuah kerana memiliki cinta Ahmad yang tinggi....suami Nur sangat penyayang dan bertanggungjawab...aku rasa Nur adalah wanita bertuah di zaman ini kerana mendapat anugerah suami yang baik....Nur dicintai sepenuh hati..ditatang dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab...aku gembira dengan cerita-cerita rumahtangga Nur....aku selalu beranagan agar aku juga dikurniakan suami seperti Nur.....
perkenalan yang amat indah dan melalui detik-detik perkahwinan yang bahagia...Nur sangat bertuah....amat beruntung...ada lagikah lelaki seperti suaminya di dunia ini...ada lagikah lelaki seperti itu yang Allah simpan untukku.....Nur...aku kagum dengan kisah rumahtangga kamu...walaupun dia pergi tinggalkan kamu...tp Nur dirimu hidup dengan kenangan yang bahagia...amat bahagia..terlalu bahagia....bersyukurlah Nur.....
Ya Allah di hujung nukilan ini aku ungkapkan harapan padaMu...kurniakan aku suami seperti Nur yang engkau halalkan untukku berteduh...melakukan ibadah dan mentaatiMu bersama..menjalani kehidupan dengan kasih sayang dan kepercayaan serta kesetiaan....anugerahkanlah..agar ia menjadi nikmat besar di dunia buatku.......

No comments:

Post a Comment