Wednesday 30 May 2012

IMPIAN HIDUPKU.......

Seakan sudah lama aku tidak membuat catatan di sini...hari ini rasa hati sangat mendung....
aku ingin menulis sesuatu yang sukar untuk ku luahkan pada sesiapa....


Dalam diam aku mempunyai impian aku sendiri dan inilah impian hidupku: moga Allah mendengar bisikan hatiku mendengar apa yang aku inginkan...aku amat berharap aku layak untuk semua itu.....

Aku ingin menjadi :

HAMBA ALLAH YANG SOLEH.
Ya aku punya impian menjadi hamba yang sentiasa taat kepadaNya...meletakkan Dia sebagai sandaran dalam semua aktiviti hidupku...aku selalu menyembah dan melakukan taat kepadaNya.....selalu meletakkan dia tempat memuji dan memohon pertolongan..menajdi hamba yang bersyukur atas nikmatNya dan selalu membuat kebajikan kepadaNya seikhlas hati.....tidak mudah putus asa dalam menghadapi ujian...sentiasa kuat apabila menginagtiNya
aku berazam untuk solat di awal waktu, aku lakukan sedekah, membaca Al Quran setiap hari, mengamalkan zikir ringan yang sepadan denganku, berpuasa sunat dan juga aku melakukan solat sunat semampu terdaya...aku tidak mahu terlalu kaya hingga aku lupa dengan Allah..biarlah sederhana hingga aku tidak merempat mengemis harta orang lain....

"Aku ketuk pintuMu dengan menggunung harapan semasa orang lain semuanya tidur nyenyak
Aku merayu padaMu sepanjang malam – segala penderitaan yang aku pikul..
Aku bermadah Kamu adalah tumpuanku bila saja bala menimpa
Hanya Kamu sahajalah tempat aku berpaut
Aku mengadu padaMu aneka penderitaan Kamu tentu tahu sepenuhnya
Kesabaranku sudah mula luntur, daya tenagaku sudah mula lemah…
Sekarang, padaMu aku menadah tangan dengan cukup hina,
Oh Zat yang memang layak sepenuhnya untuk ditadah…
Justeru pohonlah ya Rabbi, janganlah biarkan tadahanku tidak berisi..
Limpah kurniaanMu seluas lautan, akan memuaskan siapa saja yang yang menghirupnya….."

dan akhirnya aku kembali kepadaNya dalam keadaan taat yang amat sangat.....


kini di tahun 2015...
aku yakin dan sentiasa berusaha menjadi hambaNya yang taat....
aku meyakini tentang istimewanya bangun malam dan nilai tahajjud yang tinggi
aku selalu memohon aku menjadi hamba yang sentiasa taat dan bersyukur
sering rasa malu yang tebal dan sentiasa sabar..tenang dan menenangkan

AKU INGIN MENJADI ISTERI YANG TAAT DAN BAHAGIA
Impian setiap wanita ingin menjadi isteri yang baik kepada sorang suami yang soleh, baik dan sekufu dengannya.Punya sekeping hati yang mengambil aku sebagai isteri dengan penuh rasa tanggungjawab kerana Allah dan dia menjalankan kewajipannya dengan baik sekali.Aku ingin menjadi isteri yang menyenangkan suami, menghiburkan dia, memberi pandangan di kala kebuntuan, menghiburkan dikala sedih dan duka, membantu sewaktu susah dan senang, menghidangkan makanan, menjaga waktu sihat dan sakit.... Dan akulah isterinya yang setia bersamanya di mana sahaja dan dalam apa jua yang dia lakukan....aku dibelai bahagia....tempat berkongsi gelak ketawa....dapat menjalankan ketaatan bersama, ke masjid, majlis ilmu, membuat kabajikan...menabur jasa dan benar-benar rumahtangga bahagia sebagai nikmat dunia sementara....
tidak salahkan.

2015...ini belum lagi tercapai..tapi aku nekad untuk sll berdoa agar aku memang diaanugerahkan jodoh sebagai hadiah daripada Tuhan istimewa untukku.

IBU KEPADA DUA ANAK SOLEH
Rentetan itu, aku jua ingin mempunyai dua cahayamata, cukuplah sebagai penghibur aku dalam dunia ini.....cukuplah seorang lelaki dan seorang perempuan....aku yang mengandungkan mereka, menyusukan, memandikan, memberi makan dan belaian dalam setiap saat sehinggalah akulah menjadi ibu terbaik buat mereka....aku sangat bahagia bila membayangkan saat-saat itu, terlalu bahagia.,...sehingga aku bisa mengalirkan air mata tanda sangat mengharap.

PUNYAI KERJAYA YANG BAIK....
Aku bukan ingin menukar kerjaya kerana aku rasa kerjaya ini tidak bagus..tapi aku lebih mengenali di mana kemampuanku dengan anak-anak kecil ini. Aku ingin menjadi ahli akademik yang berjaya dalam memperluaskan budaya ilmu,.....mengahasilkan penerbitan sebanyak mungkin, menghasilkan penyelidikan sebaik yang mungkin...aku sangat teringin...moga usaha dan cita-cita aku menjadi kenyataan satu masa nanti. Biarlah ketika aku menutup mata, hasil penulisanku dirujuk berjuta orang, hasil penyelidikan ku di baca ramai manusia...dan aku mengecap pahala itu hingga hari Kiamat.

2015....
ya aku sudah kukuh dalam kerjayaku sebagai guru dan aku akan terus memburu cita-citaku sebagai pensyarah nanti...

MENYAMBUNG PELAJARAN PERINGKAT PHD
sejajar dengan cita-citaku...aku ingin meneruskan pengajian keperingkat yang lebih tinggi. Bukan aku nak meninggi diri tapi aku ingin majukan minda dan terus menyumbang demi pembangunan ummah.....
2015..wahh aku bukan tak ada peluang untuk memohon..tapi aku belum yakin mampu meneyelesaikan...hingga proses interview pun aku tak berani....nanti kan sahaja

MEMBUAT HAJI DAN UMRAH
Aku kepingin sangat membuat ibadat haji dan umrah...aku ingin bermunajat di depan Kaabah dan menziarhi makan Rasulullah. Malahan..aku ingin sangat melewati kemanisan beribadah di sana..kerana ramai yang pergi menyatakan kegembiraan itu..moga impian aku menjadi kenyataan.
2015..
ya tahun lalu dalam bulan Jun aku telah dipilih sebagai tetamuNya..sungguh bahagia
walaupun penangguhan kerana visa selama 5 kali..akhirnya ziarahku menjadi sungguh istimewa...
tapi aku pelik...kenapa di sana aku rindu dia..terbayang dia...ohhhh ujianNya

MEMPUNYAI KEDIAMAN SENDIRI.
aku inginkan sebuah kediaman yang sederhana yang sepadan denganku...tempat aku lepaskan segala impina kewanitaanku...menghias rumah, membuat persediaan yang baik yang dah lama aku impikan...meletakkan barangan koleksiku...dan itulah tempat aku melepaskan penat dan tempat aku beribadah...moga satu masa aku akan dapat memiliki rumah itu dengan penuh bahagia...ibarat muncul pelangi selepas hujan..indah.
2015...ya kini sudah hampir dua tahun aku punya kediaman yang amat membahagiakan
rumah di kawasan yang bagus..berdekatan masjid, sekolah, hospital, tadika
dan punya kejiranan yang baik..malahan berdekatan dengan saudara mara yang baik
ohhh indahnya..rumahku selalu menjadi persinggahan adik-beradik
aku bangga dan sangat bersyukur...dan berada di sana amat menenangkanku..terima kasih Allah


MENINGGAL DI BUMI MANDINAH
Sejak aku mengenali satu pesanan Rasulullah aku amat bercita-cita untuk meninggal di bumi berkat itu. Bagiku tiada bezanya nak meninggal di tempat sendiri atau di mana. Tapi suruhan sunnah Nabi membuatkan aku sangat kepingin...supaya aku dapat merasa nikmatnya mentaati sunnah Nabi....sungguh aku teringin...biarlah benar-benar bahagia....di bumi Madinah, dalam sujud yang indah pada Subuh Ramadhan yang barakah....

Inilah impian-impianku.....moga Allah memberi keizinan untukku memiliki semua itu sebelum mata tertutp...dan paling penting aku dapat semua itu dalam keredhaan Allah......aminnnnnn
2015..biarlah impian ini menjadi rahsia antara aku dengan Allah


No comments:

Post a Comment